Program Gotong-royong Memasak Bubur Asyura Bersama Komuniti Setempat
24 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan disamping dapat beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, ia bertujuan untuk membina hubungan yang erat antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi tali persaudaraan. Program ini adalah salah satu program wajib tahunan penduduk kampung bergotong royong memasak bubur asyura secara beramai-ramai.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang
Tarikh : 23 Oktober 2015
Tempat : 174, KM10 Gunung Keriang,(Perkarangan Haji Nazri Nasi Gunung)
Kehadiran : Komuniti setempat
Tujuan: Program diadakan :-
•Sebagai program kemasyarakatan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI dan komuniti setempat di Gunung Keriang. Sekaligus dapat melahirkan kerjasama yang baik pada masa akan datang.
Program/modul yang dijalankan:
•Gotong-royong menyediakan peralatan dan bahan untuk membuat bubur bersama-sama.
•Memasak bubur asyura secara gotong-royong bersama penduduk setempat.
•Jamuan makan tengahari bersama penduduk sekitar dan JKKK kampung serta AJK masjid.
•Mengedarkan Bubur asyura kepada penduduk sekitar dan juga masjid
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
•Menyiapkan bahan-bahan masakan bubur asyura dan memasaknya secara bergotong royong dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung serta staf PI dengan mengambil masa selama 7 jam untuk disiapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: